Komet Kohoutek
Komet Kohoutek

Komet Kohoutek

Komet Kohoutek (gelaran formal: C/1973 E1, 1973 XII dan 1973f) pertama kali dilihat pada 7 Mac 1973 oleh ahli falak Czech Luboš Kohoutek. Komet ini mencapai perihelionnya pada 28 Disember tahun yang sama.Komet Kohoutek merupakan komet bertempoh panjang; penampakan sebelumnya adalah kira-kira 150,000 tahun lalu dan penampakan selanjutnya akan menjadi kira-kira 75,000 tahun.[nota 1] Ketika penampakannya pada tahun 1973, ia mempunyai trajektori hiperbola (e > 1) kerana usikan graviti daripada planet-planet gergasi. Disebabkan oleh laluannya, ahli sains membuat teori bahawa komet Kohoutek merupakan suatu objek awan Oort. Oleh itu, ia dipercayai bahawa ini merupakan lawatan pertama komet ke Sistem Suria dalam, yang mungkin akan menghasilkan pemandangan peluahgasan yang mengagumkan. Apabila ditinjau kembali, kajian teleskopik inframerah dan visual telah menyebabkan ramai ahli sains membuat kesimpulan, bahawa Kohoutek sebenarnya merupakan objek lingkaran Edgeworth/Kuiper, yang akan menjelaskan untuk tokokan berbatu dan kekurangan peluahgasannya.[2]

Komet Kohoutek

Designasi alternatif "Komet Kurun Ini"
Perihelion terakhir 28 Disember 1973
Perihelion 0.1424 AU
Tarikh penemuan 7 Mac 1973 (1973-03-07) (46 tahun yang lalu)
Kesipian 1.000008 (jatuh dibawah 1 pada 1977)
Kecondongan orbit 14.3°
Ditemui oleh Luboš Kohoutek

Rujukan

WikiPedia: Komet Kohoutek http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.cbat.eps.harvard.edu/iauc/02500/02588.h... http://www.daviddarling.info/encyclopedia/K/Kohout... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://www.minorplanetcenter.net/iau/Ephemerides/C... https://history.nasa.gov/SP-404/ch4.htm https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons.cgi?find_body=1&... https://ssd.jpl.nasa.gov/sbdb.cgi?sstr=1001152#con... https://ssd.jpl.nasa.gov/sbdb.cgi?sstr=C/1973+E1#d...